Pegawai Perhubungan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Adeli Hussin berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 10.05 pagi tadi.

"Jenazah dimandikan di Hospital Sungai Buloh dan dibawa ke Masjid Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang untuk solat jenazah," kata beliau ketika dihubungi.

Beliau menambah, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Sempak, Shah Alam pada kira-kira pukul 5 petang tadi.

Allahyarham Azizan, 46, pernah terlibat dan mengetuai misi Pesawat Bombardier milik APMM yang ditugaskan memadam kebakaran terbesar di kawasan Sumatera Selatan, Indonesia pada 2015. - BERNAMA