Menurut jurucakap Gabenor wilayah, Ataullah Khogyani, pengebom bunuh diri itu dilaporkan menghampiri Ketua Pengarah Agama dan Ibadah Haji Wilayah Nangarhar, Abdul Zaher Haqqani sebelum bertindak meletupkan jaket peledaknya.

“Abdul Zaher sedang menyeberangi sebuah jambatan apabila penyerang itu menghampirinya dan meletupkan diri dekat dengan kereta mangsa,” kata Ataullah.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu yang berlaku berhampiran dengan kawasan sempadan Pakistan yang menjadi pangkalan utama militan Daesh.-