Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, fokus utama kerjasama itu adalah cara menguruskan air berikutan Malaysia sering berhadapan dengan banjir dan kekurangan air.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan negara itu setiap tiga bulan kerana kepakaran dan teknologi mereka adalah yang terbaik di dunia.

“Tarif air Belanda merupakan yang ketiga termahal di Eropah dan mereka juga merekodkan penggunaan air paling sedikit di dunia,” katanya kepada pemberita selepas Forum Air Asia 2018, di sini hari ini.

Terdahulu, forum berkenaan menampilkan lapan tokoh dari negara ini dan Belanda bagi membincangkan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah air khususnya banjir dan kekurangan air mentah atau terawat. - UTUSAN ONLINE