Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kesungguhan, semangat murid berkeperluan khas tetap tinggi

CALON UPSR di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) berdoa
CALON UPSR di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) berdoa sebelum memasuki dewan peperiksaan, semalam. UTUSAN/RASHID MAHFOF

KOTA BHARU 11 Sept – Mempunyai masalah penglihatan bukan hala­ngan kepada Nik Fazrina Nik Mohd Fazli, 12, untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti rakan pelajarnya yang normal.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh di sini dengan penuh semangat bersama ayahnya seawal 7 pagi bagi menduduki peperiksaan berkenaan.

Menurut bapanya, Nik Fazli Che Omar, 46, anaknya itu seorang yang tekun belajar dan bercita-cita menjadi seorang pendidik, walaupun mempunyai masalah penglihatan sejak lima bulan kelahirannya.

“Sebagai ayah saya amat bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan Nik Fazrina. Berkat kesungguhannya dia mendapat keputusan 3A dalam ujian percubaan UPSR dan antara pelajar 'sasaran' UPSR sekolahnya," katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Nik Fazli yang menetap di Kampung Pasir Pekan, berkata tiga orang lagi anaknya turut mengalami masalah penglihatan seperti Nik Fazrina menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan persekolahan.

Nik Fazrina antara tiga calon berkeperluan khas UPSR di SK Kampung Sireh selain Aidil Afendi Azuan Azman dan Wan Ibrisam Hakimi Wan Mohd Ghazali yang menduduki peperiksaan tersebut menggunakan medium Braile.

Seramai 47 calon berkeperluan khas menduduki UPSR di Kelantan tahun ini sementara 9 orang calon mengambil peperiksaan di hospital.

Di JOHOR BAHRU, Nurhani Sofea Nazaruddin, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Uda, Bandar Baru Uda, di sini, mengalami kerosakan pankreas sejak berusia tiga tahun dan perlu mendapatkan rawatan insulin empat kali sehari selain perlu menjaga jadual pemakanan hariannya.

Tidak seperti rakan lain, Nurhani Sofea memulakan peperiksaan dengan suntikan insulin sebelum mengambil sarapan dan melangkah masuk ke bilik peperiksaan.

“Saya tidak terlalu letakkan harapan tinggi kerana tidak mahu anak saya tertekan kerana saya takut bila dia tertekan, ia memberi pengaruh terhadap kesihatan anak saya," kata ibunya, Noraini Ismail, 45, dan menambah suntikan insulin itu menjadi rutin anaknya sejak memulakan persekolahan.

Noraini yang juga guru matematik di sekolah tersebut, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mendapat keputusan 4A 2B pada ujian percubaan UPSR lepas.

Seorang lagi calon UPSR, Nur Amalina Noordin, 12, merupakan murid berkeperluan khas dengan mengikuti kelas Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR), mengalami masalah disleksia dan memerlukan guru pembimbing untuk menjawab soalan peperiksaan selain diberikan masa yang lebih untuk menjawab soalan peperiksaan.

“Saya rasa takut tetapi saya sudah bersedia," jawab Nur Amalina dengan ringkas apabila ditanya mengenai perasaannya menghadapi peperiksaan berkenaan.

Ibu Nur Amalina, Norazah A. Samad, 44, berkata anaknya dikesan mengalami disleksia pada umur tujuh tahun, namun, mempunyai semangat kuat untuk belajar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain