Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, lebih 112,000 peneroka di seluruh negara juga mahu fokus FGV untuk mencatatkan keuntungan dan pencapaian ke arah prestasi yang mantap kembali dipulihkan.

"Apa yang saya perhatikan, kesemua peneroka terus meletakkan harapan dan positif bahawa FGV akan menemui kesudahan yang baik.

"Tidak akan terjejas apa-apa bagi peneroka kerana mereka juga pelabur, pemegang saham, jadi ia tentunya selagi (FGV) membawa kepada satu keadaan yang baik, peneroka selamat dan terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 'Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE