Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kesihatan Abdul Hadi semakin baik

KUALA LUMPUR 17 Mei –Keadaan kesihatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertambah baik selepas melalui tempoh kritikal sehari selepas pembedahan dijalankan.

Abdul Hadi Awang

Menurut Setiausaha Politik Presiden Pas itu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, beliau sudah mula bercakap pada malam tadi dan kelihatan ceria serta telah menjamah makanan lembut pada pagi ini.

“Antara perkara pertama yang disebut beliau kepada saya malam tadi setelah mula bersuara ialah supaya menyampaikan salam kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau.

“Pihak keluarga dan kepimpinan Pas juga mengajak ahli dan penyokong pelbagai peringkat untuk terus berdoa ke hadrat Allah SWT agar proses pemulihan kesihatan beliau berjalan lancar dan terbaik,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Marang itu selamat menjalani pembedahan penggantian injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN), di sini dan sedang dirawat serta di bawah pemerhatian doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Abdul Hadi menjalani pembedahan selama tiga jam dike­tuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif IJN dan perunding kanan Kardiotorasik, Datuk Seri Dr. Mohd Azhari Yakub; Ketua Pembedahan Kardiotorasik, Datuk Seri Dr. Jeffrey Jeswant Dillon dan Timbalan Ketua Anestesiologi, Datuk Dr. Suhaini Kadiman.

Ahmad Samsuri berkata, Abdul Hadi masih dihadkan untuk menerima pelawat kecuali keluarga terdekat sahaja sehingga dimaklumkan sebaliknya nanti sebagaimana yang disarankan pihak IJN semalam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain