Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, kesesakan itu berpunca daripada peningkatan jumlah kenderaan yang bergerak dari pantai timur menuju ke Lembah Klang selepas cuti sambutan Tahun Baru Cina.

“Walaubagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang laporan kejadian kecemasan yang berlaku sepanjang kesesakan trafik itu berlaku setakat ini.

“Dalam masa sama, syarikat hanya mengesyorkan Cadangan Jadual Waktu Perjalanan (TTA) kepada pengguna pada dua tarikh sahaja iaitu 15 dan 18 Februari lalu bagi mengelakkan kesesakan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE