Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga malam dan bagi membantu mempercepatkan proses aliran trafik, kakitangan syarikat pengendali Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dilihat membantu melakukan tranksasi di luar pondok tol bagi laluan tambahan.

Di samping itu, mereka turut membantu menambah nilai kad pengguna kerana laluan LPT2 menggunakan sistem transaksi pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya mulai 14 Ogos lalu.

Tinjauan Utusan Online sehingga petang ini mendapati pihak pengurusan turut mendapatkan khidmat anggota Rela untuk mengawal aliran trafik. - UTUSAN ONLINE