Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, negara ini akan tetap mencari jalan penyelesaian terbaik bagi jangka panjang kepada masalah pelarian dan bukan hanya penyelesaian secara ‘ad hoc’.

“Kerajaan mahu mengangkat martabat setiap insan, khususnya mereka yang rentan, namun begitu, inilah kekurangan yang dihadapi.

“Berikutan ia juga melibatkan soal keselamatan dan infrastruktur,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri juga memohon agar pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menyediakan satu pangkalan data bagi kemasukan pelarian yang memasuki sempadan negara ini. - UTUSAN ONLINE