Pengerusi Kesedar, Datuk Sazmi Miah berkata, bantuan itu bagi menyelesaikan masalah rumah bagi generasi kedua Kesedar yang sudah berkeluarga tetapi masih tinggal bersama ibu bapa dan masih menyewa rumah.

Katanya, kerajaan komited membantu rakyat yang memerlukan rumah mampu milik apabila telah memberi subsidi sebanyak RM20,000.

“Harga seunit rumah RBN adalah RM65,000 dan mereka hanya perlu membayar hanya RM45,000.

“Ini adalah usaha kita untuk membantu generasi kedua kerana kita tahu mereka terbeban dengan kos sara hidup masa kini dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Replika Kunci Rumah kepada lapan orang penerima di Dataran Kesedar Paloh 3, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Kesedar, Iskandar Zulkarnain Ibrahim.

Sazmi berkata, generasi kedua Kesedar yang berminat untuk memiliki rumah mampu milik boleh membuat permohonan dengan Kesedar pada bila-bila masa supaya pihaknya dapat membuat pembinaan rumah tersebut. - UTUSAN ONLINE