Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, Kementerian Pengangkutan tidak mem­pu­nyai alasan untuk mewujudkan RNAA kerana ia bukanlah langkah yang bijak, sebaliknya akan merosakkan industri kereta api negara.

“Pihak kementerian perlu melihat kedudukan kewangan dan dari sudut mana kelemahan yang perlu diperkemas dengan memberi bantuan dan bukan mencetuskan idea yang boleh meranapkan KTMB.

“Pihak kesatuan menekankan bahawa KTMB mampu memperoleh pulangan modal sekiranya lokomotif dan wa­gon dapat dibekalkan kepada KTMB, selain kos bersubsidi ditanggung oleh kerajaan atau membenarkan kenaikan tambang,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Menurutnya, RNAA adalah satu perjanjian antara Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) dengan KTMB menerusi cetusan idea Kementerian Pengangkutan yang memberi hak campur tangan mutlak dalam operasi KTMB.