Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, analisis akan dilakukan berdasarkan pertimbangan kualiti, ketekalan dan keadilan.

Menurut beliau, UPSR tahun lalu merupakan yang pertama menggunakan polisi KBAT manakala tahun-tahun sebelumnya menggunakan format dan instrumen yang berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

“Selepas KBAT dilaksanakan, penilaian daripada jemaah nazir dan jaminan kualiti mendapati 113 daripada 280 sekolah berada dalam tahap baik dan cemerlang manakala 169 sekolah yang berada di bawah tahap tersebut sedang dibimbing oleh Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC),” katanya.

Beliau menjawab soalan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) mengenai kesan polisi KBAT terhadap keputusan UPSR tahun lalu semasa sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE.