Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail berkata, sikap ahli Parlimen daripada PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedemikian seolah-olah menunjukkan yang mereka terpaksa tunduk kepada DAP yang dilihat sedang berusaha memprovokasi perasaan dan emosi rakyat agar membenci u­saha pemerkasaan RUU 355.

Menurutnya, ketika ini, umat Islam di Malaysia bukan sekadar di­serang, diprovokasi serta diperlekeh oleh DAP yang berpegang kepada ideologi sempit malah keadaan menjadi lebih teruk apabila Islam turut disalahtafsir oleh sebilangan ahli Parlimen pembangkang ber­agama Islam.

“Melalui penyebaran maklumat yang salah, ia akhirnya akan menyebabkan rakyat terpengaruh dan akhirnya bertindak menolak pemerkasaan RUU 355.

“Pindaan RUU 355 kali terakhir berlaku pada 1984 (1989 meliputi Sabah dan Sarawak), maka wajarlah ia dipinda sekali lagi agar hukuman yang dijatuhkan bersesuaian de­ngan situasi semasa,” katanya ketika Himpunan Solidariti Ummah 2017 di Masjid Sungai Buloh dekat sini, hari ini dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan Tantawi.