Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dilihat tiba kira- kira pukul 1.39 petang dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam.

Menurut sumber, Rosmah dipanggil memberikan keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dengan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Kontroversi projek tenaga solar berkenaan tercetus ekoran pendedahan sebuah portal berita yang mendakwa Najib menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Projek pemasangan panel tenaga solar itu disiasat SPRM berikutan pelaksanaan projek berkenaan tidak melalui tender terbuka Kementerian Pendidikan sebaliknya diberikan secara terus kepada sebuah syarikat sewaan kereta di Bintulu. - UTUSAN ONLINE