Pengerusi Hisbah Centre For Reform (HISBAH), Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor berkata, oleh itu Jabatan Peguam Negara dituntut menjelaskan dengan tuntas perkara berkenaan secara terbuka sesuai dengan prinsip kerajaan PH yang mendukung prinsip ketelusan.

“Hisbah memandang serius keputusan menarik balik pendakwaan terhadap Guan Eng oleh Jabatan Peguam Negara semalam.

“Ia sesuatu yang amat janggal dan menimbulkan pelbagai persoalan apatah lagi penarikan dibuat setelah Guan Eng menjadi anggota Kabinet kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Ezam selain itu, persoalan yang timbul daripada sudut keadilan ialah apakah wujud pertindihan kepentingan dalam keputusan tersebut. - UTUSAN ONLINE