S. SUBRAMANIAM
S. SUBRAMANIAM

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, siasatan kementerian ke atas kandungan produk berkenaan yang asli tidak terdapat sebarang bahan kimia dan selamat diminum.

“Kita juga dimaklumkan bahawa kopi yang diminum individu berkenaan diperoleh dari seorang wanita dan diambil dari tong sampah.

“Justeru, kita menunggu laporan polis bagi mengetahui siapakah dalang di sebalik kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pusat Khidmat SITF Pahang di Taman Sentosa, Karak di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan ujian air kencing dua lelaki warga Nepal yang diserang gejala seperti sawan dan letih teruk selepas meminum kopi berperisa durian hujung bulan lalu didapati positif syabu. - UTUSAN ONLINE