Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kematian akibat demam denggi juga menurun sebanyak 13 kes sepanjang tempoh sama berbanding tahun lalu.


Bagaimanapun, menurut beliau, jumlah kes demam denggi dan kematian akibat penyakit itu secara keseluruhannya masih tinggi tahun ini apabila mencatatkan sebanyak 53,750 kes dengan 122 kematian dari awal tahun ini sehingga Julai lalu.


“Wabak demam denggi kekal menjadi beban kepada aspek kesihatan negara dan di peringkat Kerajaan Persekutuan kita akan terus memperhebat usaha membanteras wabak ini,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Denggi Asean 2017 peringkat kebangsaan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE