TAN SRI MOHD. SIDEK HASSAN Pengerusi Pasukan Petugas Khas
TAN SRI MOHD. SIDEK HASSAN

Setiausaha RCI, Datuk Dr. Yusof Ismail dalam notis yang dikeluarkan hari ini berkata, Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan akan menghadap Seri Paduka di Istana Negara di antara pukul 5 dan 6 petang.

Pada 15 Julai tahun ini, Yang di-Pertuan Agong memperke­nankan penubuhan RCI untuk menyiasat kerugian dialami BNM dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan.

Panel lima anggota RCI dike­tuai Mohd. Sidek telah bersidang selama lapan hari dari 21 Ogos dan berakhir 19 September selepas memanggil 25 saksi.

Antara saksi berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Antara lima bidang rujukan suruhanjaya itu adalah:-

* Untuk menentukan sama ada urus niaga mata wang asing Bank Negara, yang mengalami kerugian, telah melanggar peruntukan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang lain yang berkenaan.

Untuk menentukan sama ada terdapat unsur sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta penyata mengelirukan yang dikemukakan kepada Kabinet, Parlimen dan orang ramai berhubung kerugian dialami Bank Negara disebabkan urus niaga mata wang asing itu.

* Untuk mengesyorkan tindakan sewajarnya yang perlu diambil terhadap pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sekiranya mereka didapati menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian itu dan menyembunyikan fakta serta maklumat mengenai kerugian yang dimaksudkan.

* Untuk mengesyorkan tindakan yang patut diambil bagi memastikan perkara serupa tidak berulang.

Selain Mohd Sidek, yang juga Pengerusi Petronas, anggota lain suruhanjaya ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan. – BERNAMA


Esok adalah tarikh akhir untuk suruhanjaya mempersembahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA