Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan mengenai kes tersebut masih berjalan dan pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi untuk diambil keterangan.

“Saya tidak akan mendedahkan berapa ramai individu yang akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

“Namun kita harap kertas siasatan ini akan dapat diserahkan kepada Peguam Negara minggu depan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perasmian Pejabat Sekretariat Polis Asean (Aseanapol) dan Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat di Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE