Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerjasama Tabung Haji

Memeterai perjanjian Al-Rawda lanjutan pajakan hotel

Abdul Azee z Abdul Rahim menyaksikan majlis perjanjian lanjutan pajakan hotel di Mekah dan Madinah a
Abdul Azeez Abdul Rahim menyaksikan majlis perjanjian lanjutan pajakan hotel di Mekah dan Madinah antara Syed Saleh Syed Abdul Rahman (dua dari kiri) dengan Mashhoor Ali Al Madodi, di Mekah semalam. Turut hadir Asyraf Wajdi Dusuki.

MEKAH 5 Sept. - Lembaga Tabung Haji (Ta­bung Haji) hari ini meme­terai perjanjian lanjutan pa­jakan hotel dengan syarikat Al-Rawda Investment For Real Estate Development & Project Management Ltd. (Al-Rawda) untuk tempoh 10 tahun akan datang tanpa sebarang kenaikan kos sewaan.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, persefahaman itu bertujuan memastikan jemaah haji Malaysia dapat mendiami hotel yang hampir de­ngan Masjid Nabawi di Madinah serta Masjidilharam di sini.

“Di bawah syarikat Al-Rawda ada lima hotel, sebuah di Mekah dan selebihnya di Madinah. Hari ini kita memeterai perjanjian bagi dua hotel iaitu Hotel Al-Haram dan Hotel Al-Saha, di mana ke­dua-duanya di Madinah,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Al-Rawda, Dr. Mashhoor Ali Al Madodi;  Timba­lan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta beberapa Menteri Kabinet dan timbalan menteri.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah; Ketua Rombo­ngan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Majlis menandatangani perjanjian itu disempurnakan oleh Syed Saleh dan Mashhoor dengan disaksikan Asyraf Wajdi, Abdul Azeez.

Abdul Azeez berkata, hasil hubungan baik Al-Rawda dan Tabung Haji, tempoh pajakan bermula tahun ini hingga 2027 itu menyaksikan tidak ada kenaikan sewaan walaupun menyedari peningkatan kos dalam pengurusan bangunan.

“Mereka sedar bahawa Tabung Haji menjunjung amanah rakyat Malaysia dan pemegang akaun Tabung Haji. Untuk itu mereka tidak menaikkan sewaan pajakan dan kekal pada harga lama seperti mana 10 tahun sebelum ini,” jelasnya.

Menerusi perjanjian itu juga kedua-dua pihak bersetuju supaya logo korporat Tabung Haji dipasang di setiap rangkaian hotel yang dipajak oleh Tabung Haji.

Hotel Al-Haram yang bertaraf lima bintang mempunyai 606 bilik, manakala Al-Saha sebanyak 227 bilik dan terletak sekitar 100 meter dari Masjid Nabawi dan berupaya menampung lebih 5,000 jemaah pada satu-satu masa.

“Kita berharap syarikat perhotelan yang telah menandatangani perjanjian dengan Tabung Haji di Mekah mahupun Madinah, segera mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa Arab Saudi supaya semua bangunan itu mempunyai logo Tabung Haji,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata, beliau dan Ahli Lembaga Pengarah akan ke Madinah esok untuk melihat beberapa lokasi termasuk tanah kepunyaan Kementerian Kewangan Arab Saudi untuk dibangunkan Kompleks Tabung Haji di Madinah selain di Mekah.

“Jika semuanya berjalan lancar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke Mekah dan Madinah pada bulan Disember ini untuk merasmikan majlis peletakan logo Tabung Haji dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembinaan kpompleks berkenaan.

“Tabung Haji mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa prihatin dan turun padang membantu Tabung Haji dan jemaah haji mendapatkan pelbagai keistimewaan hasil hubungan baik beliau dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud,” katanya.

Kata Abdul Azeez, pihaknya berharap hasrat Perdana Menteri itu untuk melihat adanya Kompleks Tabung Haji di Tanah Suci ini dapat direalisasikan segera.

Sementara itu, Mashhoor da­lam ucapannya menyatakan peng­hargaan kepada Tabung Haji ke­rana kembali menyambung pajakan rangkaian hotel Al-Rawda.

“Hubungan ini adalah satu amanah. Amanah itu diterjemahkan melalui persefahaman dan kerjasama yang terjalin sejak 10 tahun lalu. Tujuannya adalah untuk memberikan khidmat kepada jemaah haji Malaysia terutamanya. Itu memberikan kebaikan kepada ke­dua-dua pihak,” katanya. – UTUSAN

KP minta pakai quotation yang “terima kasih PM....”

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain