Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, selain tawaran kursus pengajian bahasa Melayu, beberapa bidang akademik yang berpotensi ditawarkan di kedua-dua universiti akan dikaji, seterusnya dilaksanakan dari semasa ke semasa.



“UKM amat berbesar hati menjalin kerjasama dengan DIU dan berharap hubungan kerjasama yang dibentuk akan memanfaatkan kedua-dua pihak.



“Paling penting, selain meneruskan peranan UKM sebagai pemangkin bahasa Melayu, kita amat berharap kerjasama ini membuka penerokaan pelbagai bidang kerjasama pendidikan mencakupi hubungan kemanusiaan, kajian impak bencana dan lain-lain yang berkaitan,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Antara UKM dengan DIU di Kampus Induk UKM, di sini hari ini. -  UTUSAN ONLINE