Raja Zarith Sofiah bertitah, satu perkara yang menakutkan mengenai kejadian itu, ianya merupakan perbuatan remaja bawah umur yang dipercayai di bawah pengaruh dadah.

"Saya dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim berasa dukacita atas peristiwa yang berlaku di negara kita baru-baru ini, iaitu seramai 21 pelajar tahfiz dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah terkorban akibat kebakaran yang dipercayai angkara khianat.

"Saya menyeru agar semua pihak saling bekerjasma dalam memantau pergerakan anak-anak muda remaja masa kini. Mereka yang masih mentah amat mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang tidak bermoral ini," titah baginda.

Permaisuri Johor yang merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertitah demikian dalam upacara pembukaan Istiadat Konvokesyen UTM Ke-59 di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Skudai di sini pagi ini. - UTUSAN ONLINE