Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerjasama Utusan Malaysia-The Segye Times

Pengarang Kanan Mega Utusan Malaysia, Gamal Nasir Mohd. Ali (kanan)
Pengarang Kanan Mega Utusan Malaysia, Gamal Nasir Mohd. Ali (kanan) memberi penerangan mengenai akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia kepada Pengarah Urusan Global Corner Stone Group, Daniel Kim (kiri) dan Kim Jeung Tae (dua dari kiri) ketika lawatan delegasi rakan niaga di Ibu pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AMIR KHALID

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Akhbar Utusan Malaysia dan akhbar terkemuka di Korea Selatan, The Segye Times menjalin kerjasama dalam mempromosikan kedua-dua negara menerusi surat khabar terbitan kedua-dua syarikat itu.

Ketua Pengarang The Segye Times, Kim Jeung Tae berkata, artikel satu muka yang mempromosikan Malaysia menerusi pelancongan, kesenian dan kebudayaan akan diterbitkan dalam The Segye Times pada setiap minggu dengan kerjasama Utusan Malaysia.

“Sebenarnya, kita sudah menerbitkan artikel satu muka mengenai Malaysia baru-baru ini dan kita berharap kerjasama dengan akhbar popular di Malaysia ini akan memantapkan lagi inisiatif baharu kita,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., di sini hari ini.

Delegasi disertai seramai 11 orang termasuk pengamal media, usahawan dan pemaju itu disambut oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Yang turut hadir Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad.

Sementara itu, Othman berkata, Utusan Malaysia pula akan menerbitkan artikel berkait Korea Selatan menerusi versi online bagi memudahkan masyarakat berkenaan menterjemahkan artikel itu.

Terdahulu, satu sesi perbincangan diadakan bagi menge­ratkan hubungan dan meneroka jalinan kerjasama antara kedua-dua organisasi terbabit.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain