Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, kerjasama itu bagi membolehkan syarikat kewangan terbabit memudahkan urusan meluluskan pinjaman kewangan kepada golongan B40 untuk membeli rumah.

"Kita sentiasa mendengar rungutan golongan B40 untuk memiliki rumah sendiri mereka sukar mendapat pinjaman bank.

"Jadi sebab itulah pihak kami (KPKT) mahu memberikan keutamaan dalam perkara ini," dengan cara bekerjasama dengan institusi kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan melihat perkembangan terkini projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Lubok Jong, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Raja Kamarul Baharin memberitahu, KPKT sedang menjalankan kajian pensturukturan ke atas beberapa agensi seliaanya termasuk PR1MA

dan Syarikat Perumahan Negera Berhad (SPNB) dalam usaha memperkasakan peranannya.

Katanya, kajian pensturukturan yang dilakukan oleh sebuah syarikat profesional itu bertujuan mengelak berlakunya pertindihan tugas antara agensi di bawah kawal selia KPKT.

"Hasil kajian ini juga kita akan kumpulkan dan wujudkan satu pengkalan data supaya pengurusan perumahan negara menjadi lebih teratur dan efisien," ujarnya.

Tambahnya, dapatan kajian itu dijangka diperoleh selewat-lewatnya akhir bulan depan. - UTUSAN ONLINE