Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, majlis yang diadakan itu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada media yang memberikan liputan dan sokongan sepanjang tempoh setahun beliau menerajui kementerian tersebut.

"Dalam tempoh setahun ini, banyak kenangan pahit dan manis, banyak juga tunjuk ajar yang diberikan media kepada saya untuk memperbaiki diri. Jadi majlis hari ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

"Selama tempoh setahun Pakatan Harapan (PH) mentadbir, banyak perkara telah diperbaiki terutama dalam urus tadbir kerajaan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Namun tanpa bantuan daripada media, mustahil rakyat dan segala input dan maklumat mengenai hala tuju dan dasar kementerian, sehubungan itu kerjasama kementerian dan warga media mesti diutamakan dan diperkukuh," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Sebelum itu, majlis berbuka puasa tersebut turut diserikan dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Fathi Naim dan persembahan nasyid oleh kumpulan Hijjaz. - UTUSAN ONLINE