Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, media digital itu akan menyalurkan berita menerusi medium antaranya Tweeter dan Facebook dengan pantas, sahih dan dengan kandungan terbuka.

Jelasnya, portal itu juga akan menyalurkan pemberitaan secara reponsif dan bertanggungjawab termasuk menerangkan dasar-dasar kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Portal ini juga akan menjelaskan segala macam isu berbangkit dan kekeliruan yang berlaku dengan pantas selain memberikan berita-berita terkini.

“Kita mempunyai infrastruktur dan tenaga kerja yang cukup di semua negeri,” katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Penerangan dan RTM Johor di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE