Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, dua koperasi yang dikenalpasti ialah Iran Central Chamber of Cooperatives (ICCC) dan All-China Federation of Supply And Marketing Cooperatives (ACFSMC).

“Setakat ini, kita berjaya mencapai urus niaga dalam sektor pembekalan bahan binaan seperti keluli berjumlah RM3.9 bilion.

“Kerjasama ini seterusnya melengkapkan sasaran perolehan pihak kami berjumlah RM5 bilion menerusi sektor tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Pembangunan Perniagaan Pembekal Bahan Binaan Koperasi 2018 di sini, kelmarin.

Beliau memberitahu, pihaknya melihat sektor pembekalan bahan binaan sebagai prospek ekonomi menguntungkan susulan kepesatan projek pembangunan khususnya di negara ini.

Sementara itu dalam majlis berkenaan, Angkasa menyampaikan bantuan sebanyak RM24,000 kepada koperasi yang menyediakan prasarana terbaik untuk memulakan perniagaan barangan logam dan bahan binaan.

“Kita berharap dengan bantuan ini, kita dapat memacu gerakan koperasi yang mampu merealisasikan agenda pembangunan perniagaan koperasi terutama dalam sektor binaan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE