Hakikatnya, kehebatan pahlawan Melaka, Hang Tuah juga dikenali berikutan kesaktian keris bernama Taming Sari.

Biarpun kini kedudukan keris tidak lagi terlalu istimewa dalam masyarakat Melayu, namun ia masih menjadi simbol paling penting.


Video oleh SYEFRY MONIZ

Fungsinya bukan sebagai senjata bagi mempertahankan diri, tetapi lambang adat dan budaya dalam masyarakat itu sendiri.

Di sebalik sejarah kehebatannya, tidak ramai mengenali golongan yang bertanggungjawab menghasilkan keris.

Kepada wartawan foto Utusan Malaysia, SYEFRI MONIZ MOHD. NIZAR, salah seorang pembuat keris, Abdul Mazin Abdul Jamil, 66, dari Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar menceritakan, untuk menghasilkan keris yang menarik, seseorang itu harus mempunyai jiwa seni yang tersendiri.

Ikuti rencana video pembuat keris di Kuala Kangsar. - UTUSAN ONLINE