Mereka terdiri daripada 200 ahli Kelab Volvo Klasik (KVK) dan Kota Damansara Bikers.

Presiden KVK, Joeseph Miranda berkata, objektif utama program berkenaan bukan sekadar sebagai hobi semata-mata sebaliknya le­bih bertujuan untuk mengeratkan ahli selain berkongsi pandangan antara satu sama lain.

“Konvoi ini merupakan aktiviti pertama diadakan pada tahun ini.

“Menerusi konvoi sebegini, setiap peserta akan dapat berkongsi ilmu mengenai perniagaan automotif dan dunia permotoran,” katanya ketika ditemui dalam program berkenaan di [email protected], Serdang, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar [email protected], Nordin Ibrohim berkata, pihaknya sa­ngat teruja apabila KVK dan Kota Damansara Bikers menjadikan penginapan berkenaan sebagai lokasi pilihan pertemuan ahli-ahli mereka seakli gus dapat mempopularkan lagi premis terbabit.

“Ilham penubuhan [email protected] dicetuskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan mula menjadi tarikan baharu kepada orang ramai terutama belia selepas berlangsung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelanco­ngan (MAHA) 2016, baru-baru ini,” katanya.

Jelasnya, penginapan tersebut menyediakan tujuh buah kontena, 10 culvert (pembetung) dan 10 khemah yang mampu menempatkan 56 pengunjung pada satu-satu masa.

“Kesemua penginapan ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti katil, pendingin hawa, kipas, ruang solat dan bilik air,” ujarnya.