Rohani Kadir, 58, berkata, disebabkan oleh permintaan luar biasa itu, dia dan empat pembantunya tidak menang tangan menyiapkan tempahan para pelanggan yang mula diterima sebulan sebelum Ramadan.

“Saya hasilkan tiga jenis kerepak iaitu pisang, jejari ikan bilis dan bawang. Daripada tiga jenis kerepek itu, kerepek bawang mendapat permintaan tinggi untuk sambutan Aidilfitri.

“Permintaan tinggi terhadap kerepek bawang disebabkan oleh rasanya yang enak serta rangup. Kerepek bawang yang saya hasilkan ini adalah resepi milik arwah ibu Hawa Salleh,” katanya.

Rohani memberitahu, kerepek bawang itu dijual dengan harga RM16 untuk 1kg.

Katanya, turut hasilkan kuih tiram dan karipap kecil. -UTUSAN ONLINE