Menurut pihak berkuasa, anggota badan Jesus Reynaldo Condori, 39, isterinya Irma Morante Sanizo, 38 serta anak lelaki mereka, Abner Morante Condori ditemukan pada lewat Selasa lalu.

Polis dalam satu kenyataan kepada laman web berita G1 memaklumkan bahawa kesemua anggota tubuh mangsa diletakkan dalam plastik sebelum disumbat dalam tiga beg pakaian dan ditemukan di bilik air rumah keluarga malang itu yang terletak di Itaquaquecetuba. - AFP