Timbalan Menterinya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir berkata, kekangan kewangan menyebabkan keputusan itu dibuat termasuk mendapat arahan daripada Kementerian Kewangan untuk menangguhkan dan mengkaji semula beberapa projek mega yang diluluskan kerajaan terdahulu.

“Kita memutuskan untuk mendahulukan kemudahan-kemudahan rakyat seperti melebarkan jalan, menyediakan jejantas dan lampu isyarat terutama dalam mengurangkan kesesakan sekali gus mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di beberapa persimpangan Jalan Kuantan - Pelabuhan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE