ZAKIR NAIK

Menurut Perdana Men­teri, kerajaan per­lu mempertimbang­kan pelbagai faktor dan bukan sahaja melihat kepada desakan sesetengah pihak dalam perkara tertentu.

“Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab (faktor) kita respons kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak.

“Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa,” katanya dalam si­dang akhbar selepas menyam­paikan perutusan khas pada Tak­limat Governans, Integriti dan Antirasuah di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Beliau mengulas de­sakan sesetengah pihak supaya pendakwah bebas itu di­hantar pulang ke negara asalnya India.

Dr. Mahathir baru-baru ini memaklumkan kerajaan ti­dak akan menghan­tar Zakir pulang ke India selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Menurutnya lagi, Zakir tidak akan dihantar pulang kerana sudah diberikan status penduduk tetap negara ini.

Pada Sabtu lalu, Zakir memu­at naik gambar pertemuannya dengan pemimpin negara itu di Facebook dengan menulis ‘Interaksi dengan ketua negara, Dr. Zakir Naik dai Islam dan perbandingan agama, perbualan bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad'.