Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ketelitian itu diperlukan bagi memastikan apa sahaja pandangan, syor, cadangan dan keputusan yang diambil tidak mendatangkan resah kepada kerajaan dan negara.

Katanya, sebarang lantikan yang dibuat mestilah bersandarkan kekuatan dalam segenap segi baik daripada latar belakang pendidikan, perspektif umum tentang sesuatu isu dan bagaimana individu yang dilantik membawa bersamanya ‘ideal’ dan keunggulan Malaysia sebagai sebuah negara.

“Saya melihat pandangan umum Eric yang dinyatakan secara terbuka di media sosial adakalanya, pandangannya cukup keras dan provokatif.

“Malah, dalam satu artikel yang ditulis sendiri beliau (My Top 5 Enemies of Human Rights in Malaysia - Eric Paulsen); beberapa orang indvidu dan organisasi seperti Perkasa dan Isma secara terang-terangan dianggap seperti Nazi Party, Ku Klux Klan dan Zionis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE