Katanya, kawasan luar bandar telah menjadi lokasi untuk meluangkan masa dan berfungsi sebagai tempat rekreasi.

“Terdapat juga indikasi menunjukkan peningkatan pembandaran membawa kepada penghargaan yang lebih terhadap kawasan hijau yang terletak jauh dari bandar.

“Malaysia akan memastikan polisi-polisi awam, bandar dan pelan-pelan serantau membantu dalam menyokong pertumbuhan ekonomi sementara melindungi penggunaan alam sekitar dan tanah pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena penutup Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar serta Pengarah Eksekutif di UN-Habitat, Datuk Maimunah Mohd. Sharif. - UTUSAN ONLINE