Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah menyelamatkan syarikat penerbangan tersebut daripada kerajaan juga hanya sebagai salah satu pilihan.

“Kerajaan tiada kapasiti memperuntukkan dana bagi menyelamatkan Malaysia Airlines Bhd.. Ia hanya pilihan, tetapi tentunya kita ingin melihat apakah pilihan terbaik yang ada.

“Kita telah memperuntukkan wang yang banyak dalam tempoh lima tahun ini dan pada masa ini kita tiada kapasiti untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE