Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerajaan terus tanggung subsidi

Jumlah semakin meningkat mengikut harga pasaran dunia

Najib Tun Razak
NAJIB TUN RAZAK

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak menepis tuduhan sesete­ngah pihak yang mengatakan kerajaan tidak prihatin terhadap rakyat dengan menghapuskan subsidi yang selama ini mereka nikmati.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan masih menanggung subsidi setiap tahun, malah jumlahnya semakin meningkat mengikut harga pasaran dunia.

Namun, beliau menjelaskan, apa yang lebih penting ialah memastikan subsidi tersebut sampai kepada pihak yang memerlukan.

“Dalam negara membangun, subsidi dan insentif memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi rakyat dan negara. Namun secara asasnya, subsidi adalah untuk golongan yang memerlukan. Sebab itulah subsidi dan insentif hendaklah dibahagikan secara bersasar, bukan menyeluruh.

“Pada tahun ini, kerajaan membelanjakan hampir RM10 bilion subsidi dan insentif dalam pelbagai sektor,” katanya menerusi rakaman audio yang dimuat naik dalam laman blog beliau, najibrazak.com, hari ini.

Sebelum ini, pihak tertentu mendakwa pengurangan subsidi akan menjejaskan taraf hidup rakyat kerana menurut andaian mereka kuasa membeli pengguna akan jatuh selain menyaksikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Sedangkan, kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi keperluan utama pengguna, sebaliknya mengambil langkah merasionali­sasi subsidi bagi sektor tertentu kerana ia didapati menguntungkan pihak lain dan tidak membantu mereka yang memerlukan.

Menurut Perdana Menteri, ke­rajaan juga menyediakan insentif sebanyak RM1.3 bilion dalam sektor pertanian sawah padi untuk menggalakkan pengeluaran hasil padi dan membantu para pesawah.

Bagi penoreh getah pula, kata beliau, kerajaan menyediakan subsidi dan insentif sebanyak RM510 juta termasuk Bantuan Musim Tengkujuh.

“Untuk para nelayan pula, kerajaan memperuntukkan RM260 juta sebagai elaun sara hidup. Bukan itu sahaja, kerajaan juga menanggung subsidi gas memasak sebanyak RM1.6 bilion untuk tahun ini dan subsidi bil elektrik sebanyak RM124 juta.

“Malah pada tahun ini, kerajaan menanggung pampasan tol supaya kenaikan harga tol dapat dielakkan. Ini semua dilakukan untuk menyenangkan rakyat dan mengembangkan ekonomi tempatan,” katanya.

habis

INFOGRAFIK

===========

Jumlah subsidi dan insentif : RM10 bilion

Sektor pertanian sawah padi : RM1.3 bilion

Penoreh getah, bantuan musim tengkujuh : RM510 juta

Elaun sara hidup nelayan : RM260 juta

Subsidi gas memasak : RM1.6 bilion

Subsidi bil elektrik : RM124 juta

habis

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain