Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini setelah melihat permohonan syarikat berkenaan untuk menyambung pencarian pesawat terbabit.

"Kerajaan sebelum ini membenarkan operasi pencarian dilanjutkan sehingga 6 Mei lalu dan ia telah pun tamat.

"Operasi pencarian sebenarnya telah bermula dari Januari lalu hingga April, tetapi disambung semula hingga 6 Mei lalu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Siew Fook, kerajaan akan melihat semula berhubung operasi pencarian itu selepas tempohnya tamat pada hujung bulan ini.

Sementara itu, beliau meminta semua lantikan politik di semua lembaga dan badan berkanun di bawah kementeriannya untuk meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.

Katanya, Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad turut diminta berbuat demikian.

"Jika mereka enggan berbuka demikian, pihak kementerian akan mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan serta-merta," katanya. - UTUSAN ONLINE