Timbalan Perdana Menteri berkata, Mohd. Nizam, 38, yang dikenali sebagai Abu Afghan disahkan maut di Mosul, Iraq beberapa hari lalu.


“Risikan yang dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Mohd. Nizam atau Abu Afghan maut dalam pertempuran dengan tentera kerajaan di Mosul, Iraq beberapa hari lalu.


“Kerajaan menyifatkan kematiannya sebagai kematian seorang pengganas dari Malaysia,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Jelajah Agropreneur Muda Peringkat Negeri Perak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE