Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, langkah tersebut bagi memastikan dasar atau program lama yang tidak selari dengan dasar kerajaan Persekutuan yang baharu tidak dilaksanakan.

“Selain itu program-program atau arahan cetusan idea pemimpin sebelum ini yang belum dilaksanakan perlu ditangguhkan.

Memenuhi manifesto pilihan raya PH adalah keutamaan yang perlu dilakukan kerajaan baharu ini.

“Usaha ini akan dimulakan dengan melaksanakan 10 aku janji bagi 100 hari pertama kerajaan kita yang baharu ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Menteri Besar Johor Bersama Pegawai Tadbir Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE