Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM), Muhammad Farhan Bashier berkata, tindakan itu menyebabkan kelewatan peng­agihan buku teks DLP terbabit sehingga bulan Mac selain mengganggu sistem pembelajaran pelajar.

MUHAMMAD FARHAN
MUHAMMAD FARHAN 

“Sebelum ini PH berjanji untuk mengamalkan tender secara terbuka dalam pemberian projek kerajaan, namun tindakan Kementerian Kewangan berbuat demikian dilihat mencacatkan pentadbiran kerajaan.

“Kerajaan PH mengkritik budaya rundingan terus tetapi sekarang ini berlaku perkara bertentangan dengan janji me­reka seolah-olah ada perkara yang tidak kena,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Muhammad Far­han memberitahu, pihaknya turut ter­kena tempias apabila syarikat yang bertanggungjawab untuk mencetak dan menerbitkan buku teks DLP tidak me­lakukan tugas de­ngan sebaiknya.

“Kami tidak tahu di mana puncanya sama ada syarikat itu tidak dapat menanggung beban tugas yang banyak atau lewat menerima pengisian maklumat secara digital (softcopy) bahan cetakan daripada pihak Kementerian Pendidikan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, pihaknya khuatir pemberian tender itu mengan­dungi unsur rasuah yang bertentangan dengan pegangan kerajaan PH.

“Kami mahukan kerajaan mengesahkan maklumat pemberian tender dan yakinkan orang awam bahawa tiada unsur rasuah terlibat. Sekiranya tender itu dibuka kepada umum, pasti banyak syarikat Bumiputera yang akan bersaing untuk mendapatkannya,” ujarnya.