Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pembinaan tersebut bukan kesinambungan daripada projek RMMJ terdahulu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Ini adalah projek RMMJ yang baharu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Menteri Besar Johor Bersama Pegawai Tadbir Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk A. Rahim Nin. - UTUSAN ONLINE