Timbalan Menterinya, R. Sivarasa berkata, beliau akan berbincang tentang perkara itu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun.

"Saya dengar ramai masih bekerja secara kontrak dan ada rintihan mereka patut diiktiraf sebagai kakitangan tetap.

"Saya akan bincang dengan menteri dan kita akan bawa kepada pihak atasan untuk dipertimbangkan," katanya ketika menutup Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan 2018 di sini malam tadi.

Dianggar terdapat kira-kira 10,000 kakitangan Kemas berstatus kontrak di seluruh negara.

Dalam pada itu, Sivarasa berkata, kerajaan Pakatan Harapan mahu melakukan perubahan bagi memastikan semua kakitangan Kemas dapat memberi tumpuan kepada tugas mereka dan bukannya urusan politik. - UTUSAN ONLINE