Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri akan  membawa perkara itu untuk dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

Kata Ahmad Zahid, cadangan itu bagi memastikan semua golongan membantu kepada pembangunan ekonomi negara mendapat manfaat daripada hasil kerajaan.

"Nelayan dapat RM300 sebulan, pesawah pun ada bantuan sebanyak RM600 semusim, begitu juga penoreh getah. Mereka pun dapat bantuan, tak kan mereka sahaja yang dapat bantuan?.

"Peladang pulak apa ole-ole mereka. Jadi saya akan duduk dengan Perdana Menteri dan menteri-menteri terlibat supaya kita dapat ikhtiar sesuatu untuk mereka (peladang). Kita (kerajaan) ingin beri berita gembira untuk mereka juga," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Karnival Jalinan Peladang Peringkat Negeri Perak di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Melintang dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE