Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahannya, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, ia perlu disegerakan kerana masalah berkenaan sentiasa berulang sehingga menjadi bebanan kepada rakyat.

“Ketika ini pengurusan air diuruskan oleh agensi yang diswastakan dan juga kerajaan negeri.

“Oleh kerana kos untuk menguruskan adalah amat tinggi dan menjadi beban kepada pengurusan sedia ada, kita berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera memikirkan semula langkah-langkah pengambilalihan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, jika ia terus diuruskan oleh agensi, kerajaan negeri dan syarikat swasta, perkara itu dilihat akan terus membebankan rakyat kerana wujudnya peningkatan kos sara hidup. – UTUSAN ONLINE