Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, dalam usaha menarik pelabur, kerajaan harus mengembalikan keyakinan.

“Kerajaan perlu lupakan perkara lalu, ia tinggal sejarah. Orang lain sudah tahu dan sebab itu mereka bertindak menolak kerajaan terdahulu.

“Jangan ulangi lagi. Enam bulan tempoh yang cukup,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sempena Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018. - UTUSAN ONLINE