Wakil mereka yang juga Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor, Angela M.Kuga Thas berkata, Malaysia memerlukan ramai pemimpin wanita dalam barisan pembuat keputusan kerana populasi golongan itu tinggi iaitu kira-kira 50 peratus daripada rakyat negara ini dan masalah berbangkit mengenai mereka sering diutarakan.

Kita memerlukan 30 peratus wanita dalam barisan kepimpinan negara kerana perspektif golongan ini terhadap aspek pembangunan negara agak berbeza dengan golongan lelaki.

Pakatan Harapan telah menyatakan komitmen mereka untuk mencapai kesaksamaan gender dan kita berharap mereka terus melaksanakan janji-janji yang dibuat sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri perhimpunan aman di hadapan Istana Negara di sini hari ini. UTUSAN ONLINE