Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata, pihaknya juga akan melihat sama ada terdapat aspek penambahbaikan lain yang boleh dipertingkat.

Walau bagaimanapun tegasnya, tahap keselamatan pengangkutan awam itu sememangnya amat dititikberatkan dan tidak pernah dipandang remeh selama ini.

“Saya berharap insiden ini tidak menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan masyarakat, selama ini bukan tak teliti cuma apa-apa kejadian boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa yang cedera dalam kemalangan itu termasuk menziarahi keluarga pemandu bas, Nordin Kosnon, 53, yang meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Muar, Hafiz Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor, Ramli Abd. Rahman. - UTUSAN ONLINE