Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, bagaiamanpun pihaknya akan meniliti terlebih dahulu apakah pemberhentian golongan itu atas lantikan politik atau sebaliknya.

“Saya rasa mereka pada gerakan yang pertama memang diberhentikan. Namun, pada gerakan kedua mungkin mereka akan diambil semula sebab pemerintahan negara juga baru bertukar.

“Mereka ini golongan berilmu dalam mengajar agama, jadi kita akan melihat kembali untuk mempertimbangkan bagi mengambil semula mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Teks Tadarus al-Quran dan Tadarus Perdana di Dewan Besar Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Ahmad Yakob mengulas mengenai laporan akhbar minggu lalu berhubung penamatan perkhidmatan 3,075 penggerak masyarakat oleh kerajaan Pakatan Harapan di seluruh negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kumpulan itu adalah guru-guru yang mengajar al-Quran di kampung-kampung dan hanya menerima elaun sebanyak RM400 sebulan. – UTUSAN ONLINE