Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius sebelum ia menjadi isu berlarutan.

"Saya arah perkara itu ditangguhkan dahulu.

"Jabatan Laut dan penguasa feri diminta memberi penjelasan kepada pihak kerajaan negeri dahulu sebelum kenaikan sebanyak itu dilakukan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tajul Urus berkata, banyak pihak melahirkan perasaan tidak puas hati mengenai hal itu.

Harga tambang baharu yang tular sempena tahun baharu, penguasa feri dikatakan mengenakan tambang baharu dari RM23 kepada RM26 untuk penumpang dewasa dan kanak-kanak dari RM17.00 kepada RM20 untuk laluan itu.

Manakala tambang dari Kuala Perlis ke Langkawi RM18 ke RM21 untuk dewasa dan kanak-kanak pula RM12 ke RM16.

Banyak pihak melahirkan rasa kurang senang di media sosial memandangkan kenaikan sehingga RM3 itu dianggap agak keterlaluan. - UTUSAN ONLINE